Rabu, 30 September 2015
KISAH MAYAT GADIS BERHANTU HILANG
Mayat...hanya sekadar gambar hiasan
“Anak-anak, kenapa berjalan malam-malam begini? pergi pulang cepat sebelum jam 8, pakcik mau tutup pintu ni, biar pakcik tengok kamu dari sini ya,” tegur seorang Imam Masjid kampung kepada sekumpulan kanak-kanak bersama beberapa orang remaja disitu.
“Eh Ling, kenapa pakcik tu suruh kita pulang sebelum jam 8 ya?” tanya Long kepada kakaknya sambil mengawasi anak saudaranya lalu di jambatan dalam keadaan gelap.
“Oh ya, baru saya ingat, mula jam 8, mayat gadis berbungkus kain kafan akan kelihatannn…,errr…di sini,”jawab Ling kepada adiknya. Sambil memandang satu sama lain, mereka bertempiaran lari pulang ke rumah meskipun jambatan yang dilalui tak ubah seperti gigi rompong kanak-kanak yang suka makan gula-gula.
Kisah benar ini berlaku setahun yang lalu di Pantai Timur Sabah, di sebuah perkampungan kononnya diwartakan kerajaan namun hakikatnya ‘taman stinggarden’ demi menumpangkan para pengundi tegar BN buat sementara waktu sehingga menunggu waktu dihalau.
Adapun, penduduknya hampir 90 peratus adalah warganegara bertaraf kelas warga ’marhein’.
Masih segar dalam ingatan dalam segenap setiap minda penduduk kampung berkenaan cara dan keadaan Siti (bukan nama sebenar) meninggal dunia. Hampir seluruh penduduk kampung tidak berupaya menerima hakikat yang Siti bunuh diri dalam rumah sendiri.
Semasa mayat Siti dimandikan pun, kelihatan banyak benda-benda mistik dan pelik berlaku. Badan arwah begitu keras sewaktu dimandikan seolah-olah tidak ingin dimandikan. Muka arwah yang seolah-olah penuh dendam dan ngeri menyebabkan sanak saudara yang memandikan berasa seram sejuk dan tidak sedap hati, ada sahaja ‘angin-angin’ kecil lalu sepantas kilat sama ada dari telinga mereka, hadapan mata secara separa sedar dan dari jendela.
Terdahulu pada malam sebelum dimandikan, ibu-ibu dan para remaja yang membantu di dapur turut terasa gangguan berkenaan. Tengkuk mereka asyik seram sejuk. Salah seorang kanak-kanak di situ memberitahu bahawa kak Siti sedang bermain anak patung dengannya. Bacaan yaasin dan lain-lain terpaksa diperhebatkan lagi demi mengurangkan suasana seram di rumah itu.
Sesudah arwah siti dimandikan, ia dikafankn dengan elok walaupun gangguan berkenaan tetap menyerang.
Apabila para pengali kubur memaklumkan bahawa lubang kubur siap digali, maka berangkatlah mereka yang ada dirumah untuk mengusung mayat arwah Siti.
“Aduhh..beratnya. Pakcik, kita terpaksa tambah orang usung mayat ni,” pinta salah seorang anak muda yang turut serta mengusung mayat berkenaan.
Maka bertambahlah tukang usung mayat daripada empat orang kepada lapan orang.
Sepanjang dari rumah hingga ke laluan jambatan kampung berkenaan, para pengusung mayat kelihatannya kesakitan menahan keberatan mayat berkenaan walaupun perjalanan baru berjarak 50 meter.
Masing-masing memarahi dan berkelahi antara satu sama lain kerana dituduh menggoyangkan keranda mayat Siti yang mereka usung. Sedangkan tiada sesiapa pun berani dan sengaja menggoyangkan keranda mayat Siti.
Tiba di meter ke 90, tiba-tiba sahaja keranda mayat Siti bergoncang dan berhayun dengan kuat sehingga mereka tidak mampu menahan kekuatan kejadian aneh berkenaan.
Memandangkan hampir kesemua pengusung hampir hilang tenaga untuk menahan kekuatan hayunan keranda berkenaan, keranda mayat Siti terhumban jatuh ke bawah jambatan tenggelam dalam air pasang paya bakau.
Para pengusung, para Ustaz dan Imam serta orang ramai menjadi panik dan tiba-tiba…
Saksikan sambungan Kisah Mayat Gadis Berhantu Hilang dalam bahagian kedua akan datang
(Makluman: nama arwah, keluarga, jiran dan tempat terpaksa dirahsiakn demi menjaga kerahsiaan dan aib arwah dan keluarga arwah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di syurga kelak...amin. Al fatihah untuk arwah)

Seram Sejuk Rumah Sewa
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Arul yang sebilik dengan aku kat rumah sewa ni nampak gaya tak rasa nak berhenti dari bercerita. Ada saja topik yang ingin diketengahkan pada pagi-pagi buta ni. Yang aku pula dah macam digodam, layankan saja cerita si Arul. Sekejap dia cerita bola, sekejap dia cerita gadis. Kadang-kadang dia cerita dia lah yang paling rajin kalau ada kenduri kendara di kawasan rumahnya di Senawang. Jangan harap aku nak percaya. Kat rumah sewa ni pun kalau dia guna pinggan, jangan harap dia nak basuh. Dia biar saja dalam sinki.
Bilik sebelah ada Capik dan Zul Maple. Aku rasa mereka dah tidur. Bilik mereka selesa. Sejuk pun sejuk. Lagi satu takde bau rokok. Bilik aku ni, Arul tak pandai nak ke ruang tamu kalau nak merokok. Tak hormat langsung pada aku yang tak merokok ni. Selimut dia pun dah melekat bau rokok. Dah lah bau rokok seludup. Jenama rokok pun ntah apa-apa. Jenis banyak sangat layan band Ungu dengan Samsons la ni. Tapi bila pensyarah aku kata muka aku macam Rangga atau nama betulnya Nicholas Saputra, pandai pula dia jeles. Hmmm.
Kat ruang tamu ada Nazrin dan Faliq. Mereka ni tak gemar nak tidur kat bilik sebab nak main dota. Aku tak minat langsung main dota walaupun kat laptop aku tu ada game tersebut. Selama kat rumah sewa aku, Nazrin yang selalu guna laptop aku untuk berdota. Baguslah dia main dota dari dia tengok video bukan-bukan dari pendrive dia tu. Nazrin ni pun bukan boleh percaya. Gatal dia macam celaka. Kalau pergi pasar malam,mata dia bukan pada makanan yang dijual pun. Asyik nak usha gadis saja. Dah lah asyik ajak aku usha sekali. Mujurlah aku rasa pelawaan Nazrin tu mampu buat aku tersenyum.
Setelah letih bercerita, si Arul ni pun bangun untuk mengambil rokok dalam almari. Oleh kerana Arul saja yang bercerita dari tadi, suasana menjadi sunyi sepi bila Arul berhenti bercerita. Tiba-tiba ntah macam mana kami terdengar bunyi ada orang berlari-lari kat ruang tamu. Pakej sekali dengan ketawa kecil. Celaka tak tidur lagi Nazrin dengan Faliq ni rupanya. Aku tak kisah la kalau mereka tak tidur lagi tapi apahal sampai nak berlari-lari sambil tertawa kecil tengah-tengah malam ni. Sukan Komanwel punya musim ke sekarang ni?
“Wei usha sikit dorang kat depan tu. Apa hal sampai berlari-lari.” Arul suruh.
Oleh kerana aku rajin dan kurang melawan, aku pun keluar dari bilik untuk ke ruang tamu. Nak tahu juga apa yang lucu sampai terdengar mereka ketawa sambil berlari. Letih siot ketawa sambil berlari. Watson Nyambek pun tak buat macam tu masa Suka Sea. Aku ambil kira-kira enam langkah saja untuk sampai ke ruang tamu yang memang tak jauh dari bilik aku. Setelah sampai ke ruang tamu, aku pilih untuk langkah seribu kembali ke bilik. Laju gila. Mungkin kurang sesaat. Dan aku kembali dengan wajah cuak.
“Eh cepatnya. Pahal dorang berlari-lari tadi?”
“Dorang dah tidur sial. Nazrin siap berdengkur lagi. Rasanya kita pun patut tidur ni.” aku balas serius gila.
Malam tu aku dan Arul tidur sambil berpeluh. Tidur rapat-rapat. Dan buka radio Era kuat-kuat.
"Tolong baca doa kuat sikit Zahir." Arul bersuara dari dalam selimut.
KISAH KISAH SERAM ASRAMA BERHANTU DI MALAYSIA
20.4.15 Suria Lekatlekit 8 Comments
Sumber google
asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi.. almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.
asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak
Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air. Dia pun cakap kat kawan dia.. dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang.. dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah. Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram & garau. Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia.. tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam..
asrama puteri di Kelantan (tak tau asrama dari sekolah atau Institut pengajian mana)
Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang2 kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. katanya suara tu macam suara orang tua & suara tu buat meremang bulu roma. Sebab takut dia tarik selimut & cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur. tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga... pura-pura tidur! Antara berani & takut dia selak selimut & cuba tengok suara siapa.. yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.
Kampus UiTM sabah
rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu daru jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin & syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia. Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.. mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu. Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul.. kena tanya student kat situ la kan. Versi cerita melati ni panjang korang baca sendiri kat sini >> Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah <<
Asrama Di UUM, Sintok Kedah
Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula2 tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu. Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik. Pergi panggil kawan2 dari bilik lain. Bila kawan2 lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.
cukup la tu wakil wakil asrama yang ada kisah hantu ni. Kang banyak2 pakat berhenti belajar pulak budak budak. hahaha.. Apapun mana2 asrama ni ada legenda kisah seram dia sendiri. Kalau bukan kisah turun temurun dari senior pasti ada jugak la kisah seram yang kadang2 cuma dari imaginasi takut budak2 yang terlalu di sogok dengan cerita seram bila tinggal kat asrama. Jin & syaitan yang selalu kita gelar hantu tu memang wujud.. Kita tak boleh nafikan cuma kita jangan melampau2 takut sampai ganggu emosi sendiri tu yang kadang2 jadi histeria tu. Diri sendiri yang menghantui diri sendiri.
Moral of the story.. hantu memang dah hantu dik.. Korang tu jangan jadi burung hantu sangat memalam dok berembun, berdating, berchatting bagai. Bebawak tidur awal kalau takde apa nk buat
Harap korang dapat berak dengan tenang lepas baca artikel ini.
Kecil - kecil dulu setiap daripada kita pasti pernah merasakan perasaan ini; takut untuk ke tandas. Mesti anda tak nak mengaku kan! Lagi menyeramkan kalau tandas rumah anda jenis yang berada di luar rumah atau waktu mula - mula kenal tandas asrama.
Hal sebegini adalah normal pada setiap budak - budak mahupun mereka yang masih lagi ketakutan walhal sudah layak menimang cucu! Bermacam cerita dan rupa entiti yang kita bayangkan semasa di tandas, di belakang atau bawah pintu tandas, di depan cermin, di sinki, atau di dalam mangkuk tandas!
Di Jepun contohnya, mereka mempunyai kisah dan urban legend yang tersendiri mengenai hantu dalam tandas. Kalau bertanya kepada budak - budak Jepun, pastinya mereka sangat kenal dengan nama dua jenis hantu tandas yang popular ini.
AKA MANTO
Ako Manto adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai sejenis semangat jahat yang gemar menghantui tandas awam dan tandas sekolah. Hantu Ako Manto ini akan datang kepada anda dan meminta anda memilih kertas merah atau kertas biru. Semasa seseorang sedang duduk dalam tandas (biasanya bilik air yang paling akhir sekali), akan datang satu suara yang meminta untuk membuat pilihan antara kertas merah atau biru. Kalau anda menjawap kertas merah, maka dengan serta merta anda akan dihiris sehingga baju yang dipakai bertukar menjadi merah darah! Manakala jika anda memilih kertas biru, semangat tadi akan terus mencekik anda sehingga wajah anda bertukar menjadi biru. Kedua - dua pilihan adalah maut! Jadi semasa membuat pilihan, pilihlah yang terbaik untuk anda. Jika diminta kertas merah atau kertas biru, maka pilihlah 'atau' untuk jalan selamat (Admin memandai tambah). Tetapi jika anda salah membuat pilihan, semangat jahat tersebut akan mengheret anda ke dunia yang lain.Ada pula versi lain dimana, hantu Ako Manto ini meminta anda untuk memilih sama ada mantel merah atau mantel biru. Jika anda memilih mantel merah, bahagian belakang badan anda akan dikoyak sehingga menyerupai mantel merah. Manakala jika anda memilih mantel biru, darah anda akan dihisap sehingga kering pucat!
Ada juga kisah dimana seseorang cuba mengejek semangat jahat tersebut dengan meminta kertas kuning, akibatnya kepalanya akan ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas yang sedang digunakan. Kehkehkeh!
Seperti AKO Manto, Hanako-san juga adalah urban legend popular masyarakat Jepun mengenai roh yang mendiami tandas sekolah. Cuma bezanya, ia menyerupai bentuk fizikal seorang kanak - kanak perempuan dan akan muncul jika namanya dipanggil. Jika anda pergi ke bilik air yang paling akhir dan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil bertanya, "Hanako-san, awak ada di dalamkah?", satu suara akan menjawap "Saya disini!". Dan jika anda masuk, anda akan segera mendapati seorang kanak - kanak perempuan dengan skirt merah, sedang menunggu anda. Hanako-san sangat popular secara meluas dan kerap kali dimainkan oleh budak - budak sekolah untuk menakut - nakutkan pelajar baru, menyamai legenda Bloody Mary di sekolah - sekolah barat.
Hanako-san dilaporkan dalam pelbagai variasi rupa dan tindak tanduk, bergantung kepada kawasan dan sekolah yang dihuninya. Penampilannya juga boleh jadi berbeza, namun biasanya adalah budak perempuan dengan rambut yang pendek dan mengenakan skirt merah. Tingkah lakunya juga boleh jad nakal, dengki hati ataupun mesra.
HairanBlog - Tandas adalah tempat yang dikategorikan sebagai tempat yang kotor. Jadi kalau kotor, secara automatiknya makhluk - makhluk Jin dan Syaitan ini suka bertandang. Jadi semasa di dalam tandas, tak payah la buat kerja tak senonoh. Flush elok - elok dan jaga kebersihan. Kalau berdegil jugak, kami nak bagitahu korang yang......
hantu asrama putera
Memori 1993 - Hantu asrama putera
"Aku tak percaya la hantu-hantu semua ni. Zaman sekarang mana ada hantu. Woi kau sedar tak sekarang ni dah masuk zaman cyberjaya. Bangun la dari mimpi-mimpi kau tu. Tahyul kau ni memang tak habis-habis dari dulu. Hahahah"..dengan perasaan riak bercampur lucu aku ketawa besar mendengar cerita Megat petang itu.
Ada ke patut dia cerita ada satu kali masa tidur dia kena himpit dengan hantu bungkus. Yang lagi tragis, masa dia berpaling ke sebelah pulak ada seekor lagi hantu bungkus tidur sebelah dia. Maknanya ada 2 ekor hantu bungkus dah himpit dia. Dia duduk diam-diam kat tengah-tengah, kelubung dalam selimut, menggeletar..berpeluh sampai pagi.
"Betul Zul, kali ni memang betul aku tak tipu kau. Cerita tu memang benar-benar berlaku kat aku kat asrama kita masa form 2 dulu." cerita Megat dengan muka kuyu. Nampak benar dia kecewa dengan sikap aku yang tak ambik pot dengan masalah antu dia.. "Haha mana ada antu. bapakla seramnya antu bungkus tu.. tapi pesal dua ekor?.. laki bini kot tengah cari anak hilang.. kahkahkah.." aku menyambung rantaian gelak yang terputus sambil meninggalkan Megat yang masih tunduk menahan sebak.
Waktu tu aku tingkatan 5. Aku pun memang dari tingkatan 1 kat sekolah tu. Sebuah sekolah berasrama pinggir bandar Kuantan. Yang dekat dengan Taman Tas. Yang itu hari pernah masukpaper kes atap makmal komputer runtuh.
Megat classmate aku. Kawan aku juga. Tapi kami betul rapat masa aku dalam Tingkatan 5 sebab dari tingkatan 1 sampai 4 aku tak pernah sekelas dengan dia dan tak pernah juga sedorm. Dia memang tahap pelajar suka masalah-masalah kat asrama manakala aku pulak macam lalang. Ikut sahaja dengan siapa pun aku berkawan. Dengan ketua pengawas yang baik hati tapi ramai anti, dengan Nasir Ketua Badan Pelajar Islam yang suka ceramah-ceramah kat surau atau dengan Megat yang selalu meninja (menyusup keluar secara haram) malam-malam.
Kisah hantu yang Megat cerita sebenarnya sinonim dengan keadaan asrama pada masa tu. Maklumlah banyak cerita-cerita seram yang dah kami dengar dibawa dari mulut ke mulut. Jadi keseraman tu dah menyelimuti asrama kami yang memang dah sedia seram walaupun musim takde hantu (hantu pun macam durian, ada musim gak tau).
Pada masa tu ramai bebudak pompuan terserempak dengan lembaga aneh dan suara-suara misteri dalam kawasan asrama puteri. Ada juga sekali-sekala kes histeria. Kat area asrama putera pula memang tengah kecoh dengan kes toyol curi duit. Entah ye entah tak.. hehe memang nak tergelak la bila aku teringat cerita toyol ni, malas aku nak cerita,.. kang jadi novel muntah pulak orang baca.
Malam tu sunyi macam biasa. Aku pun macam biasa tarik selimut kotak-kotak merah aku kasi tido kaw-kaw punya. sejuk memang sejuk..ahh macam ni la baru sedap tido. Zairul dan Mat Sahar yang berjiran dengan katil aku dah lama berkelubung hanyut ke alaska dengan mimpi indah memasing. Aik? Mat Sahar tak study add math ke mlm nih?. Takkan nak biarkan Mayong Jalal sesorang diri je kat bilik study menelaah sampai pukul 2.
Tengah malam buta entah dalam pukul berapa. Punya la aku rasa seram sejuk sikit.. rasa macam ada benda tarik-tarik kecil rambut aku. Macam bini la kot bila time gatal nak bermanja (macam la dah kawin). Aku pun mula tu okey je last-last rimas gak kena gangguan macam ni. Aku pun angkat sikit kepala aku sebab nak pastikan apa benda. Nampak putih je macam kain dekat kepala katil aku.. Aku pun dongak kepala perlahan-lahan ke atas macam biasa aksi filem seram.. tetiba.. ya Rabbi!! ada dua ekor hantu bungkus tengah berdiri kat kepala katil aku sedang memandang aku. Kedua-duanya berbungkus dengan kain putih sebijik macam mayat kena kapan. Giler ngeri tambah pulak aku tak nampak muka dia.. muka dia tersorok sebab lubang pada bahagian muka hanya nampak gelap sahaja.
Masa tu memang badan confirm lemah..nak angkat tangan pun dah tak ada daya. Aku cuma sempat bertakbir dengan sekuat hati..Allahu Akbar!! dengan harapan hantu tu terbakar la kat situ gak. Aku ambil bantal lepas tu terus baling sekuat hati. Dua-dua hantu terus lari keluar dorm sambil mengilai panjang..
Pagi esoknya..
"Wei Zul..malam tadi aku dengar kau kena sakat hantu bungkus ye?.hahaha.." tanya Megat sambil berdekah-dekah.. Dan aku pasti itulah hilaian salah sekor hantu bungkus yang lari lepas aku baling bantal..
Pagi tu putih tapak kaki Megat aku kejar keliling asrama

3 Kisah Hantu Highland Towers
Reply
Highland Towers! Satu nama yang telah terpahat didalam sejarah di negara Malaysia, dimana telah berlaku satu kejadian runtuhan pada salah sebuah bangunan daripada tiga buah bangunan apartment di Ulu Klang, Selangor, pada tarikh 11 Disember 1993. Mengikut kepada laporan yang direkodkan, angka korban kepada runtuhan terbabit adalah seramai 48 orang, tetapi ianya dipercayai adalah lebih ramai lagi mangsa yang terperangkap pada masa itu dan masih tertanam tidak ditemui sehingga kini.
Selepas berlakunya runtuhan tersebut, 2 lagi block di kawasan itu dan beberapa block disekitarnya telah dikosongkan atas faktor keselamatan. Jadi, dengan kesan tapak runtuhan dan sebahagian mangsa yang tidak dapat dijumpai sehingga kini, bersama dua bangunan yang telah tidak berpenghuni selama 20 tahun, apa yang kamu akan bayangkan dan rasakan jika berada disana berseorangan ketika ini? Sanggupkan kamu menerima tawaran sebanyak 1 juta ringgit untuk bermalam di tingkat atas sekali, disalah sebuah bangunan apartment tersebut tanpa sesiapa dan hanya kamu seorang diri?
Berikut adalah 3 kisah seram dan misteri yang dikumpul dari sumber internet, media cetak, dan dari pengalaman sendiri mangsa gangguan !Higland Towers!
Disunting oleh Fatey
Bagi menyokong dakwaannya, perempuan tersebut juga telah bersumpah, apa yang disaksikannya adalah dari matanya sendiri. Mengikut kepada laporan saksi kejadian, bangunan tersebut telah runtuh secara menyenget seperti sedang ditolak dan bukan jatuh menjunam kebawah, menguatkan lagi dakwaan wanita Indonesia itu.
Ketika itu waktu adalah pada sekitar jam 1 pagi, seorang pemandu teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di sekitar ibu kota bercadang untuk pulang kerumahnya, di Gombak, kerana kepenatan setelah dari pagi keluar mencari rezeki. Didalam perjalanan memandu pulang dari pusat bandar, seorang wanita telah menahan teksinya, dan kerana merasa kasihan melihatnya yang keseorangan ditengah malam, dia membuat keputusan untuk memberhentikan teksi dan bertanya kemana wanita tersebut hendak pergi.
"Cik hendak ke mana?", tanya pemandu teksi itu dengan sopan.
"Saya hendak balik kerumah," wanita tersebut menjawab dengan kepalanya tunduk kebawah.
"Saya boleh hantarkan jika cik mahu", pemandu teksi itu menawarkan perkhidmatan teksinya, walaupun dia begitu keletihan ketika itu.
"Dimana rumahnya?"
"Di Taman Hill View, Higland Tower".
Pemandu teksi tersebut agak bersyukur kerana Taman Hill View terletak di sepanjang laluan ke rumahnya di Gombak, jadi dia boleh menggunakan lebuhraya MRR2 untuk kesana, tetapi didalam masa yang sama dia terlupa bahawa salah satu bangunan disitu telah runtuh dan bangunan disekitarnya juga sudah tidak berpenghuni lagi kerana telah berpindah atas arahan pihak berkuasa.
Setelah kira-kira 10 minit berlalu, ketika kedua-duanya diam membisu, secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut teringat akan peristiwa runtuhan bangunan di situ yang baru sahaja terjadi, dan beliau terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu. Pelbagai persoalan timbul difikirannya, siapa wanita ini? Masih ada lagikah penghuni yang belum berpindah? Jika ada pun, berani betul wanita ini tinggal disitu kerana sudah pasti kawasan itu sudah tidak selamat lagi untuk dihuni.
Oleh kerana keinginannya yang begitu kuat untuk mengetahui siapa wanita itu, pemandu teksi itu terus bertanya kepadanya setelah sampai ke destinasi, "Cik masih tinggal disini ke?"
Lebih kurang dalam 30 saat, wanita itu baru menjawab, "Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah".
Pemandu teksi itu tidak mahu melihatnya, tetapi kepalanya tetap menoleh ke belakang di kerusi penumpang dan dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, kedua-dua kaki wanita itu memang kudung dan dipenuhi darah. Lututnya lemah, kakinya tidak bermaya lagi untuk menekan pedal minyak. Dia hanya mampu memandang dan terkaku apabila wanita itu membuka pintu teksi dan turun sambil merangkak menuju ke arah runtuhan bangunan tersebut sehingga wanita itu hilang dari pandangan matanya.
Mereka menaiki dengan sebuah kereta untuk sampai ke sana, dan mangsa yang digelarkan sebagai Afiq, duduk dibahagian belakang bersama seorang lagi rakannya. Apabila tiba ke destinasi, mereka berpecah, berjalan sambil mengambil gambar, dan berkumpul semula ditempat kereta diletakkan kira-kira 20 minit kemudian. Setelah berpuas hati dan bersetuju untuk pulang, mereka pun masuk kedalam kereta dan meninggalkan Higland Towers tersebut dengan bermacam-macam cerita yang dibualkan mereka dari pengalaman melawat tapak runtuhan itu sebentar tadi.
Biarpun mereka rancak berborak dengan pelbagai cerita sejak turun dari situ, mereka telah perasan satu perkara ganjil telah berlaku kepada Afiq. Afiq tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sejak tadi, walaupun setelah mereka sampai ke restoran mamak untuk minum. Malah Afiq juga tidak memesan minuman atau pun makanan, dia hanya mendiamkan diri dan hanya menunduk memandang lantai. Tetapi masing-masing buat tidak tahu sahaja kerana tidak mahu mengganggu kalau-kalau dia sedang memikirkan masalah dirinya ketika itu.
Sementara menunggu pesanan yang diminta sampai, mereka menyambung kembali perbualan yang terhenti ketika membuat pesanan minuman tadi, dan tiba-tiba telefon bimbit kepada salah seorang dari mereka berbunyi. Apabila melihat kepada nama yang terpapar di skrin panggilan pemanggil, dia kehairanan, kerana panggilan tersebut dibuat dari telefon bimbit Afiq yang disebelahnya. Apabila ditanya kepada Afiq kenapa menelefonnya sedangkan dia berada di sebelah, Afiq hanya mendiamkan diri. Afiq pula dilihat seperti tidak melakukan apa-apa, dan tidak juga melihat dia memegang telefon bimbit.
Apabila keadaan menjadi semakin bingung, pemuda tersebut menjawab juga panggilan 'Afiq' itu untuk kepastian apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Setelah menjawab panggilan tersebut, jelas kedengaran suara pemanggil tersebut adalah Afiq, dan telah membuatkan mereka semua terkejut dan serentak itu memandang ke arah 'Afiq' yang membisu itu. Selepas membuat pengesahan dan yakin yang membuat panggilan itu adalah Afiq yang sebenar, mereka segera meninggalkan tempat tersebut dan memecut kembali ke Highland Towers untuk menjemput rakan mereka, Afiq yang sebenar itu.
Makhluk yang menyerupai Afiq itu juga turut mengikut mereka menaiki kereta sehingga sampai ke Highland Towers, dan turun sejurus mereka memberhentikan kereta ditempat yang sama ketika sampai kali pertama tadi. Afiq yang sebenar juga telah lama berada disitu kerana menunggu, tetapi tidak dapat melihat perkara yang baru terjadi sebentar tadi. Setelah Afiq memasuki kereta, mereka terus memecut turun dan menceritakan perkara yang telah terjadi kepada 'Afiq'.
Berikut adalah 3 kisah seram dan misteri yang dikumpul dari sumber internet, media cetak, dan dari pengalaman sendiri mangsa gangguan !Higland Towers!
Disunting oleh Fatey
Kisah 1 - Dua Orang Lelaki Berjubah Putih
Menurut kepada cerita dari penduduk kawasan berhampiran, terdapat sebuah kisah yang ganjil dan pelik telah berlaku, serentak dengan runtuhan bangunan tersebut. Kisah itu diceritakan sendiri oleh saksi kejadian, dimana seorang amah Indonesia yang berkerja dengan sebuah keluarga melayu yang tinggal di block berhampiran, iaitu di Block 2, telah menyaksikan 2 lelaki misteri yang lengkap memakai serban dan berjubah putih, sedang menggoncang dan menolak bangunan di Block 1 diiringi dengan bacaan al-Quran dari kedua-dua makhluk misteri tersebut.Bagi menyokong dakwaannya, perempuan tersebut juga telah bersumpah, apa yang disaksikannya adalah dari matanya sendiri. Mengikut kepada laporan saksi kejadian, bangunan tersebut telah runtuh secara menyenget seperti sedang ditolak dan bukan jatuh menjunam kebawah, menguatkan lagi dakwaan wanita Indonesia itu.
Kisah 2 - Pemandu Teksi dan Wanita Misteri
Pengalaman yang dilalui oleh seorang pemandu teksi di Ibu Kota ini, agak menyeramkan dan berlaku ditengah malam, ceritanya seperti ini:Ketika itu waktu adalah pada sekitar jam 1 pagi, seorang pemandu teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di sekitar ibu kota bercadang untuk pulang kerumahnya, di Gombak, kerana kepenatan setelah dari pagi keluar mencari rezeki. Didalam perjalanan memandu pulang dari pusat bandar, seorang wanita telah menahan teksinya, dan kerana merasa kasihan melihatnya yang keseorangan ditengah malam, dia membuat keputusan untuk memberhentikan teksi dan bertanya kemana wanita tersebut hendak pergi.
"Cik hendak ke mana?", tanya pemandu teksi itu dengan sopan.
"Saya hendak balik kerumah," wanita tersebut menjawab dengan kepalanya tunduk kebawah.
"Saya boleh hantarkan jika cik mahu", pemandu teksi itu menawarkan perkhidmatan teksinya, walaupun dia begitu keletihan ketika itu.
"Dimana rumahnya?"
"Di Taman Hill View, Higland Tower".
Pemandu teksi tersebut agak bersyukur kerana Taman Hill View terletak di sepanjang laluan ke rumahnya di Gombak, jadi dia boleh menggunakan lebuhraya MRR2 untuk kesana, tetapi didalam masa yang sama dia terlupa bahawa salah satu bangunan disitu telah runtuh dan bangunan disekitarnya juga sudah tidak berpenghuni lagi kerana telah berpindah atas arahan pihak berkuasa.
Setelah kira-kira 10 minit berlalu, ketika kedua-duanya diam membisu, secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut teringat akan peristiwa runtuhan bangunan di situ yang baru sahaja terjadi, dan beliau terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu. Pelbagai persoalan timbul difikirannya, siapa wanita ini? Masih ada lagikah penghuni yang belum berpindah? Jika ada pun, berani betul wanita ini tinggal disitu kerana sudah pasti kawasan itu sudah tidak selamat lagi untuk dihuni.
Oleh kerana keinginannya yang begitu kuat untuk mengetahui siapa wanita itu, pemandu teksi itu terus bertanya kepadanya setelah sampai ke destinasi, "Cik masih tinggal disini ke?"
Lebih kurang dalam 30 saat, wanita itu baru menjawab, "Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah".
Pemandu teksi itu tidak mahu melihatnya, tetapi kepalanya tetap menoleh ke belakang di kerusi penumpang dan dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, kedua-dua kaki wanita itu memang kudung dan dipenuhi darah. Lututnya lemah, kakinya tidak bermaya lagi untuk menekan pedal minyak. Dia hanya mampu memandang dan terkaku apabila wanita itu membuka pintu teksi dan turun sambil merangkak menuju ke arah runtuhan bangunan tersebut sehingga wanita itu hilang dari pandangan matanya.
Kisah 3 - Kenapa Dengan Afiq?
Beberapa tahun lalu, sekumpulan 4 orang pemuda dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, telah memutuskan untuk melawat tapak runtuhan Highland Towers, di Ulu Klang. Kebetulan pada malam itu adalah malam jumaat. Sebut sahaja malam jumaat, secara semula jadi sejak zaman dahulu sehingga kini, pemikiran orang melayu akan mengaitkannya dengan malam yang mudah untuk melihat atau berjumpa dengan hantu dan makhluk halus.Mereka menaiki dengan sebuah kereta untuk sampai ke sana, dan mangsa yang digelarkan sebagai Afiq, duduk dibahagian belakang bersama seorang lagi rakannya. Apabila tiba ke destinasi, mereka berpecah, berjalan sambil mengambil gambar, dan berkumpul semula ditempat kereta diletakkan kira-kira 20 minit kemudian. Setelah berpuas hati dan bersetuju untuk pulang, mereka pun masuk kedalam kereta dan meninggalkan Higland Towers tersebut dengan bermacam-macam cerita yang dibualkan mereka dari pengalaman melawat tapak runtuhan itu sebentar tadi.
Biarpun mereka rancak berborak dengan pelbagai cerita sejak turun dari situ, mereka telah perasan satu perkara ganjil telah berlaku kepada Afiq. Afiq tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sejak tadi, walaupun setelah mereka sampai ke restoran mamak untuk minum. Malah Afiq juga tidak memesan minuman atau pun makanan, dia hanya mendiamkan diri dan hanya menunduk memandang lantai. Tetapi masing-masing buat tidak tahu sahaja kerana tidak mahu mengganggu kalau-kalau dia sedang memikirkan masalah dirinya ketika itu.
Sementara menunggu pesanan yang diminta sampai, mereka menyambung kembali perbualan yang terhenti ketika membuat pesanan minuman tadi, dan tiba-tiba telefon bimbit kepada salah seorang dari mereka berbunyi. Apabila melihat kepada nama yang terpapar di skrin panggilan pemanggil, dia kehairanan, kerana panggilan tersebut dibuat dari telefon bimbit Afiq yang disebelahnya. Apabila ditanya kepada Afiq kenapa menelefonnya sedangkan dia berada di sebelah, Afiq hanya mendiamkan diri. Afiq pula dilihat seperti tidak melakukan apa-apa, dan tidak juga melihat dia memegang telefon bimbit.
Apabila keadaan menjadi semakin bingung, pemuda tersebut menjawab juga panggilan 'Afiq' itu untuk kepastian apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Setelah menjawab panggilan tersebut, jelas kedengaran suara pemanggil tersebut adalah Afiq, dan telah membuatkan mereka semua terkejut dan serentak itu memandang ke arah 'Afiq' yang membisu itu. Selepas membuat pengesahan dan yakin yang membuat panggilan itu adalah Afiq yang sebenar, mereka segera meninggalkan tempat tersebut dan memecut kembali ke Highland Towers untuk menjemput rakan mereka, Afiq yang sebenar itu.
Makhluk yang menyerupai Afiq itu juga turut mengikut mereka menaiki kereta sehingga sampai ke Highland Towers, dan turun sejurus mereka memberhentikan kereta ditempat yang sama ketika sampai kali pertama tadi. Afiq yang sebenar juga telah lama berada disitu kerana menunggu, tetapi tidak dapat melihat perkara yang baru terjadi sebentar tadi. Setelah Afiq memasuki kereta, mereka terus memecut turun dan menceritakan perkara yang telah terjadi kepada 'Afiq'.
Gambar yang dijumpai di internet semasa runtuhan berlaku
![]() |
hospital berhantu
Salah satu peristiwa karut dan tidak benar yang aku tidak pernah alami ialah ketika aku menemani isteriku yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Kuantan pada pertengahan tahun lepas. Pada ketika itu aku dan isteri aku ditempatkan di sebuah wad berkatil enam, tetapi hanya kami berdua yang berada di dalam bilik tersebut. Ketika itu bukan main gembira lagi kami berdua kerana bebas melakukan apa sahaja dalam bilik yang sebegitu luas itu. Tidak ada apa-apa kejadian berlaku sehinggalah pada hari kedua aku di sana. Ketika itu aku dan isteriku terpaksa berada di makmal untuk menjalani beberapa ujian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar menyebabkan aku dan isteri aku tertahan di sana daripada waktu pagi sehingga waktu tengahari.
Setelah pemeriksaan selesai, aku dan isteriku pulang ke wad dan aku terkejut melihatkan satu bungkusan hadiah berada di atas katil isteriku. Setelah aku amati ternyata hadiah itu datangnya daripada rakan-rakanku sepejabat. Aku pada mulanya tertanya-tanya kenapa mereka tidak menunggu kami tetapi kemudiannya menganggap bahawa mereka mungkin kesuntukan masa. Lagipun kami lama berada di makmal, jadi tentulah mereka ada hal lain yang perlu diuruskan. Jadinya aku tidaklah terlampau memikirkan mengenai perkara tersebut.
Setelah isteriku keluar daripada hospital aku ke pejabat seperti biasa. Apabila aku bertemu teman-teman, aku mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka melawat aku dan isteriku di hospital disamping meminta maaf kerana aku tidak dapat bertemu mereka ketika lawatan mereka. Mereka terkejut kerana mereka sememangnya ada bertemu aku di sana. Malah mereka berkeras menyatakan bahawa mereka sempat berbual-bual panjang dengan aku tentang keadaan isteriku. Aku pula yang merasa pening dengan dakwaan mereka itu kerana mereka bersungguh-sungguh benar menegaskan bahawa akulah yang berada di situ. Tambahan lagi seorang kawan aku berkeras menegaskan bahawa dia pasti akan sedar sekiranya orang lain yang mereka temui kerana mereka bukan baru ini kenal diri aku.
Pada mulanya aku menganggap mereka bergurau tetapi mereka bersungguh- sungguh meyakinkan aku bahawa mereka ada bertemu dan berbual-bual dengan aku di sana. Setelah beberapa orang berkata sedemikian, aku mempercayai kata-kata mereka tetapi aku tetap menafikan ada bertemu dan berbual-bual dengan mereka kerana ketika itu aku sememangnya berada di makmal dengan isteriku. Kawan-kawanku pula pada mulanya menyangka aku cuba mempermain- mainkan mereka sehinggalah aku terpaksa menafikan berkali-kali pula bahawa aku ada berbual dengan mereka ketika itu. Peristiwa tersebut menimbulkan kesedikit keributan di pejabat apabila masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing sehingga akhirnya perkara itu tergantung begitu sahaja.
Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa aku cuba memperolok-olokkan mereka dan ada juga yang mempercayai cerita aku. Pendapat aku sendiri??? Ah... entahlah. Aku pun tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Cuma aku berasa bersyukur bahawa aku cuma mengetahui mengenai perkara tersebut selepas aku keluar daripada wad itu. Juga bahawa isteri aku tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.
Sehingga kini yang menjadi kemuskilan kepada aku adalah sekiranya aku berada di makmal bersama isteri aku, siapa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakan sepejabat aku. Dan sekiranya ada orang lain yang cuba menyamar, tentu rakan- rakan aku akan mengenali bahawa bukan aku yang berbual-bual dengan mereka. Dan sekiranya bukan orang yang menyamar sebagai aku, makluk apa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakanku dan apa pula matlamatnya? Apakah yang dikehendaki daripada diri aku ini?
Tambahan pula semenjak kejadian itu, aku selalu pula merasakan seperti diekori oleh sesuatu. Seram bulu roma aku setiap kali mengingati perkara tersebut. Aku tidak pernah menceritakan perasaan aku kepada isteriku dan aku tidak tahu apakah itu hanya mainan minda dan hanyalah merupakan perasaan aku semata- mata? Mungkinkan aku terlalu letih kerana melayan isteri aku ketika dia di wad dahulu, atau mungkin .... Ahh!!! pedulikan sahaja. Asalkan isteri aku selamat tidak ada apa yang aku perlu bimbangkan.
Walau bagaimanapun aku terpaksa mencurahkan isi hatiku dalam laman web ini pada malam yang sunyi ini. Mungkin aku tidak akan berpeluang lagi untuk berbuat sedemikian di masa yang lain. Ini adalah kerana kebelakangan ini aku merasa semakin resah, seolah-olah ada sesuatu akan berlaku terutama ketika hujan lebat seperti sekarang ini. Risau. Rimas tidak menentu. Seolah-olah dikejar sesuatu yang tidak nampak. Aku bingung tidak tahu ke mana atau mengapa aku mesti pergi. Tambahan pula .......Eh.. bunyi apa pula di belakang aku sekarang ini. Mungkinkah??? mungkinkah dia mengikuti aku pulang? Mungkinkah dia hendak mengambil alih tempat aku? Sekiranya begitu apakah yang akan terjadi kepada aku? Aku...... Aku mesti peeeeeeerrrrrrrrrggggggggiiiiiiiiiii....

POSTED BY ZAIRRY AT 11:14 PM 10 COMMENTS
pencekik darah
Kilauan petir sekali-sekala menerangi suasana kampung Coh Ulu itu. Awan tebal berkepul-kepul berarak-arakan di langit menutup segala cahaya di langit, menambahkan lagi kegelapan malam itu. Angin kencang menderu-deru menambahkan kebimbangan penduduk kampung. Tidak ada seorangpun penduduk yang masih berada di luar rumah. Kesemua mereka sudahpun berada di dalam rumah, berlindung daripada ancaman ribut yang akan melanda. Hanya sekali-sekala sinaran pelita berkelip-kelip menembusi celah-celah papan dinding rumah melintuk dikuis angin. Seluruh kampung Coh Ulu sunyi sepi bagaikan dilanda geroda.
Dalam kegelapan malam itu bunyi enjin kereta pacuan empat roda meraung membelah kesunyian malam itu. Bagaimanapun tiada siapa yang keluar menjenguk, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing ataupun ....? Sebuah kereta jeep kelihatan terhuyung-hayang merendah kegelapan malam, lampu hadapannya menyinari jalan berlopak dengan cahaya lesu yang suram. Ia merentas kampung itu sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah yang serdahana besar. Seorang pemuda yang kelihatannya dalam lewat empatpuluhan melompat keluar sambil memegang sebuah lampu suluh berkuasa tinggi dan satu beg galas. Dia merenung ke langit dengan muka yang berkerut sebelum menguncikan keretanya.
Setelah itu dia berjalan ke tangga rumah dengan berhati-hati dengan bantuan cahaya lampunya. Selepas menanggalkan kasut di tangga, dia menjinjing kasutnya dan melangkah menaiki tangga sehingga ke muka pintu. Dengan suara yang kuat dia memanggil "Ada sesiapa di dalam?", agar suaranya dapat didengari, mengatasi bunyi guruh yang sambung-menyambung itu. Sebaik sahaja dia memanggil, terdengar bunyi lantai berkiut dipijak seseorang, tetapi pintu masih belum terbuka. "Pak Astoroth, Ooo Pak Astoroth. Saya ini. Kamat." Dia memanggil sekali lagi dengan suara yang lebih keras sedikit, barulah ada bunyi suara orang menjawab kedengaran.
"Oh engkau Kamat.", bunyi suara orang menjawap. Serentak dengan itu pintu depan dibuka dan seorang lelaki yang separuh umur menjengukkan kepalanya keluar dan segera menjemputnya masuk. Sebaik sahaja dia masuk, dengan segera pintu ditutup dangan cepat dan dikunci. Kamat mengerutkan mukanya sambil meletakkan kasutnya yang lecak ke tepi pintu. Bau kemenyan dibakar tajam mencucuk-cucuk hidungnya."Kenapa ini Pak Astoroth? Panggil saya pulang tergesa-gesa begini? Macam orang takut sahaja? Ada berita baik ke?"
Pak Astoroth hanya tersengih-sengih "Tidak ada apa-apa, tidak ada apa-apa. Nantilah aku beritahu . Duduklah dahulu. Engkau akan lama berada di sini?"
Kamat tersengih sebelum duduk bersila di tempat yang ditunjukkan. "Saya perlu balik segera ke bandar nanti. Ada urusan yang belum selesai. Bagaimana Pak Astoroth? Dapat ke barang yang saya minta itu? Kalau betul, saya akan berikan berapa sahaja Pak Astorothmahu."
"Bagus-bagus", jawab orang tua itu sambil terbatuk-batuk kecil. Dia mencapai dian di tengah bilik lalu masuk ke dalam suatu bilik kecil yang tertutup rapi. "Payah juga aku mendapatkannya. Tetapi sekarang aku sudah dapat...." ujarnya. Kamat terpaksa menurut sahaja kerana hanya cahaya dian itu menjadi penerang rumah itu. Dia memasuki bilik kecil itu dengan hati yang berdebar-debar. Impiannya akan terlaksana. Akan puaslah hatinya apabila apa yang diimpikan olehnya tercapai nanti.
Orang tua itu duduk bersila di tepi dinding bilik mengadap satu bungkusan kain hitam yang terletak di dalam talam di tengah-tengah bilik. Kamat terpaku, matanya tertumpu kepada bungkusan itu. "Itulah yang engkau inginkan." suara garau lelaki tua itu memecahkan angan-angannya. Kamat tersentak. "Aku mahukan dua puluh ribu untuknya." Kamat pura-pura tersentak, "Apa, Pak Astoroth gilakah meminta wang sebanyak itu daripada saya." dia bertanya.
Pak Astoroth hanya tersenyum, "Aku sendiri yang memotongnya untuk engkau. Aku sendiri yang memujanya selama sebulan ini untuk engkau. Sekarang sudah patut engkau membayar aku wang sebanyak itu. Atau engkau mahu melakukannya sendiri?"
"Bagaimana saya tahu ia benar-benar berhasil. Bagaimana jikalau PakAstoroth membohongi saya." tanya Kamat ragu-ragu.
"Jangan bimbang. Apa yang engkau inginkan sudah berada di hadapan kamu. Tidak mungkin aku membohongi kamu." kata orang tua itu sambil menambah kemenyan ke dalam dupa di hadapannya.
"Baiklah" kata Kamat, nekad. "Ajarkanlah saya kuncinya, dan saya akan berikan wang sebanyak yang Pak Astoroth minta."
Orang tua itu tersenyum girang. Segera dia membuka bungkusan kain hitam itu. Bau busuk menerpa ke hidung Kamat, tetapi dia tidak menghiraukannya. Matanya terpaku kepada benda yang terletak di dalam talam itu. Berderau darah ke mukanya apabila dia menyedari benda itu. "Apa ini! Pak Astoroth!" pekiknya.
Orang tua itu hanya tertawa. "Yang engkau mahukan... pastinya engkau dapat. Sekarang sudah terlewat untuk engkau berundur. Duduklah! Akan aku ajarkan cara menyerunya."
Kamat terduduk lemah. Benda yang kecut di dalam talam itu mengejutkannya. Dia tertunduk lemah. Orang tua itu tidak menghiraukan keadaan Kamat. Dia terus mengajar petua-petuanya. Tidak lama kemudian barulah Kamat dapat mulai membetulkan tubuhnya dan mula menghafal ayat-ayat yang diajari itu.
Sebentar kemudian orang tua itu membungkuskan semula bungkusan kain di dalam talam itu. "Sekarang ia akan turut pada perintah kamu." katanya. "Mana wang aku. Jangan cuba menipu aku. Katanya keras. "Rumah ini sudah aku pagarkan, dan tidak mungkin apa-apa dapat menembusinya. Haa... Haa... Haa..."
Kamat membuka beg galasnya dengan longai. Dia mengeluarkan beberapa berkas wang tunai dan menghulurkannya kepada orang tua itu yang tertawa kegirangan. Kamat terus mencapai bungkusan itu dan keluar tanpa menghiraukan orang tua itu yang terpinga-pinga apabila diberikan wang yang lebih daripada yang dimintanya. Tetapi hanya seketika. Bunyi ketawa memecah keheningan malam. Kamat tidak mempedulikannya. Dia terus menerpa keluar ke keretanya tanpa menghiraukan air hujan yang jatuh menimpa tubuhnya.
Di dalam kereta, dia terduduk lesu. Sejenak itu, dia mengeluarkan bungkusan kain hitam itu dan meletakkannya berhati-hati ke tempat duduk di sebelahnya. Dia membuka bungkusan itu dan mula mengamalkan petua yang dipelajarinya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu tersilap, kerana jika tersilap nahas jadinya.
Sementara itu orang tua itu segera menguncikan pintu rumahnya. Duit yang berkepal itu di pegangnya dengan girang. "Haa... Haa.. Haa.." Dia merasa begitu gembira. Dia akan pindah besok agar tidak ada sesiapa pun dapat mencarinya walaupun Kamat. Terutamanya Kamat. Siapa tahu kalau-kalau....
Tidak beberapa lama dia mendengar suara orang memanggilnya, sayup-sayup di sebalik bunyi guruh. Berhati-hati dia membuka pintu rumahnya. Dia dapat melihat Kamat duduk mencangkung di tepi roda keretanya. "Tolong saya Pak Astoroth. Kereta saya pancit. Bolehkah Pak Astoroth tolong pegang lampu suluh ini sementara saya tukarkannya."
Dia teragak-agak. Air muka Kamat berubah seolah-olah bimbang. "Saya akan berikan Pak Astoroth wang jika Pak Astoroth bantu saya."
Hati orang tua itu berbelah-bagi. Wangnya sudah banyak tetapi .... sedikit lagi.... hanya dengan memegang lampu suluh. Pemuda itu begitu pemurah ,memberikannya wang lebih daripada yang dimintanya tadi. Sekarang, sekiranya dia membantu......
"Baiklah", katanya sambil melangkah turun. Kamat menghulurkan lampu suluh itu kepada orang tua itu sambil berjalan ke belakang kereta untuk mengambil roda pengganti. Pak Astoroth menyuluh roda kereta Kamat. Dia tidak nampak apa-apa yang silap dengan roda itu. "Kamat, betulkah engkau ini. Roda ini baik sahaja aku lihat." katanya sambil menyuluh ke arah roda itu.
Satu bayangan melintas di atas kepalanya lalu hinggap ke atas pokokdurian yang berhampiran. Secara tiba-tiba sahaja bulu romanya berasa tegak. Segera dia menyuluh sekitar kawasan itu. "Kamat, Kamat, di mana engkau. Jangan engkau bergurau dengan aku. Nanti engkau menyesal."
"Percayalah Pak Astoroth, saya tidak akan menyesal" suara Kamat keras menerjah ke lubang telinganya. "Kampung ini adalah kampung asal saya. Pak Astoroth mungkin tidak tahu kerana Pak Astoroth baru berpindah ke sini."
Orang tua itu terpinga-pinga. Memang benar dia baru berpindah ke kampung itu setahun lalu. Tetapi sememangnya dia selalu berpindah-randah kerana tidak mahu orang mengetahui tentang pekerjaannya itu. "Jadi, kenapa dengan itu." tanyanya garang. "Engkau jangan lupa aku ada pendindingnya." tambahnya lagi.
Kamat tertawa berdekah-dekah. "Benar. Pak Astoroth memagar rumah Pak Astoroth. Tetapi sekarang Pak Astoroth bukan berada di dalam rumah.... Pak Astoroth berada bersama saya di tanah."
Orang tua itu tersentak mendengarkannya. "Jadi sekarang engkau mahu wang engkau kembali. Begitu?" soalnya kembali.
"Oh.. tidak... tidak sama sekali. Wang itu sememangnya saya ingin berikan kepada Pak Astoroth. Sememangnya Pak Astoroth handal. Ia betul-betul berkesan." kata Kamat keras.
"Nah! ambil duit engkau ini kembali." unjuk orang tua itu ke arah Kamat. "Ambillah... Ambillah... Kalau engkau tidak mahukan duit ini kenapa engkau buat aku begini?"
Kamat melangkah dari kegelapan malam itu ke dalam pancaran lampu suluh orang tua itu. "Ini adalah kerana kepala manusia yang engkau penggal itu adalah kepala ibu kandungku, mengerti?"
"Tolonglah, aku tidak tahu hal itu. Jangan.. Jangan.." rayu orang tua itu terketar-ketar.
Kamat hanya mendiamkan dirinya. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan seketika itu juga satu lembaga terbang dari pokok berhampiran ke arah orang tua itu sambil tertawa mengilai-hilai.
"JANGAN! JANGAN! JANGAnnnnn......" pekik orang tua itu sambil berusaha melawan lembaga yang mengomolnya. Lampu suluh yang dipegangnya itu tercampak ke arah Kamat. Dia dapat merasakan jari-jemari lembaga yang panjang itu memberkas tubuhnya sehinggakan dia tidak berdaya untuk meronta lagi. Muka lembaga itu yang hodoh disuakan hampir ke mukanya, menampakkan sepasang taring putih panjang yang berkilat. Dia terkaku, tahu akan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Mulut lembaga itu ternganga luas.
Tiba-tiba orang tua itu seperti mendapat satu tenaga baru. Dia mulai meronta-ronta keras. "Tolong..., tolong.... Aku tidak mahu mati... Aku tidak mahu mati..." dia meraung. Bunyi petir berdetum secara tiba-tiba menenggelami suaranya itu.
Kamat berdiri diam sahaja melihatkan lembaga itu menggomol orang tua itu. Duit yang bertaburan di tanah tidak dihiraukannya. Bunyi raungan orang tua itu terus bergema dalam kegelapan malam disambut oleh bunyi petir yang berdentum-detam. Lembaga itu terus mengomol orang tua itu yang terus meraung kesakitan, tetapi Kamat hanya membiarkan ia sahaja sehinggakan sebentar kemudian raungannya beransur sepi dalam kegelapan malam itu.... Tidak lama kemudian, secara mengejut kepala orang tua itu tercabut daripada tubuhnya lalu terpelanting jauh ke udara. Setelah itu barulah lembaga itu kemudiannya terbang sambil mengilai-gilai lalu ghaib di dalam kegelapan malam itu.
Kamat tunduk untuk mengambil lampu suluh kepunyaannya yang terjatuh berhampiran dengan kakinya dan melangkah longlai ke dalam keretanya sebelum beredar dari situ. "Maafkan saya mak... Bukan ini yang saya inginkan." bisiknya sambil menutup bungkusan disebelahnya sambil mengesat air matanya yang mengalir deras. " Kematian mak sudah saya balas......"

Langgan:
Catatan (Atom)